Latar belakang Takwim Islam:BILANGAN bulan dalam kalendar Islam adalah sebanyak 12 bulan dalam setahun, iaitu 354 hari.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi."
(Surah At-Taubah:36)Nama-nama bulan Islam dan pengertiannya:
- Muharam ertinya yang diharamkan. Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.
- Safar ertinya kosong. Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.
- Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama. Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.
- Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.
- Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.
- Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi kedapatan di sana sini.
- Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.
- Syaaban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.
- Ramadan ertinya bulan panas terik
- Syawal ertinya mencawat ekor. Biasanya unta betina mencari pasangan.
- Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.
- Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.
Nama-nama ini diambil daripada amalan masyarakat Arab sebelum Islam. Mereka menamakan bulan-bulan itu berdasarkan musim atau satu-satu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dalam bulan- bulan itu.
Apabila Islam muncul nama-nama bulan yang diwarisi dari masyarakat Arab itu telah diterima dan diabdikan.
Empat bulan dari 12 bulan itu dikenali dengan nama bulan suci (Hurum). Bulan- bulan yang ditegahkan melakukan pembunuhan dan peperangan ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Firman Allah yang bermaksud: "Empat daripadanya bulan suci." (Surah At-Taubah: 36)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Setahun mengandungi 12 bulan; 4 daripadanya suci - tiga bulan berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam dan satu bulan Rejab terletak di antara Jamdilakhir dengan Syaaban."Peristiwa-peristiwa yang bersejarah:

Muharam:
Peristiwa Karbala iaitu pembunuhan Husain bin Ali, cucu nabi Muhammad.
Safar:
i)Nabi Muhammad bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Thor sebelum berhijrah ke Madinah.
ii) Nabi gering pada akhir bulan.
Rabiulawal:
Nabi Muhammad dilahirkan, dilantik menjadi Rasulullah, hijrah ke Madinah dan wafat.
Rejab:
Peristiwa Israk dan Mikraj dan sembahyang fardu disyariatkan.
Syaaban:
Kiblat diubah dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Kaabah di Mekah.
Ramadan:
ii)Berlakunya perang Badar, perang yang pertama dalam sejarah Islam.
iii)Penaklukan Kota Mekah oleh umat Islam.
Syawal:
i)Berlakunya Perang Uhud.
ii)Bapa saudara Nabi Muhammad, Hamzah bin Abdul Mutalib, mati syahid di Uhud.
Zulhijjah:
Nabi Muhammad mengerjakan ibadat haji yang terkenal dengan nama "Hajjatul Wada', ertinya haji perpisahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan